2
Orang Jurukomen Hot Membebel

Tutorial Photoscape : Buat Banner Blog

assalamualaikum... hari ini zaa nak buat satu tutorial photoscape untuk blog. selalunya ramai yang buat banner blog menggunakan adobe photoshop.. tapi jujur zaa cakap.. zaa tak pandai pun edit gambar guna photoshop. kalau setakat buat gambar transparent and colour rambut or mata tu boleh lah. nak edit lebih-lebih zaa memang tak pandai. insyaallah zaa akan belajar slow-slow. tutorial banner ni zaa buat ala-ala zaa jer tau. kalau korang kreatif korang boleh buat mengikut kekreatifan korang sendiri. banner blog zaa macam ni jer...



bagi yang berminat untuk mengikuti tutorial ni, jom follow step ni satu persatu ok!

1 ) open gambar korang guna photoscape tau. make sure gambar tu gambar warna putih tau. kalau yak ada korang boleh ambil yang zaa punyer ni.

---> || <----

gambar ada kat atas ni. korang klik and download jer tau!

2 ) then bila dah buka gambar tadi, korang terus klik object>photo>pergi ke folder yang mengandungi background pilihan korang. kemudian klik open.


3 ) korang drag memenuhi seluruh ruang gambar putih tadi. kemudian korang save gambar tu. kalau keluar yang macam kat bawah ni korang just klik no macam yang zaa bulatkan tu. lepas tu klik ok.


4 ) buka balik gambar tadi. kalau korang nak masukkan gambar, korang klik object>photo>klik pada gambar yang korang suka. sebagai contoh, zaa telah masukkan gambar zaa yang telah ditransparentkan menggunakan photoshop.


5 ) sekarang kita dah memasuki step untuk memasuki perkataan. untuk memasuki ayat-ayat korang, lorang klik jer object>text. kemudian korang tulis perkataan yang korang suka. jangan lupa pilih font and warna tulisan yang comel-comel tau! contohnya yang macam zaa buat kat bawah ini. TAMBAHAN! tutorial zaa ni zaa buat ayat satu persatu tau. tak faham? maksudnya setiap gambar satu perkataan. ok.. jom ke tengok step yang seterusnya ni. mana tau korang akan faham kat sini.



6 ) zaa mulakan dengan perkataan "COME". lepas tu zaa terus save gambar tadi ikut turutan macam ni. click save kat button sebelah kanan kat bawah tu. kemudian klik save as macam gambar bawah ni tau. jangan lupa renamekan gambar korang tadi tau. kalau korang tak nak peningkan kepala korang, korang namakan gambar korang dengan nombor "1" sebab lepas ni kita akan buat banner ni bergerak-gerak. jangan lupa save dalam satu folder yer.


7 ) ok..gambar yang tadi tu ada lagi kan? korang tambah jer perkataan yang korang suka lagi. sebagai contoh zaa tambag perkataan "VISIT". kemudian save macam step yang 6 tu yer. kat bawah ni cara turutan zaa buat perkataan banner zaa. ini untuk kefahaman korang ok..setiap gambar tu zaa namakan nombor 1 sampai nombor 5. INGAT! setiap gambar tu korang kena save ikut step nombor 6 tau.






8 ) sekarang kita mula nak buat gambar animasi a.k.a gambar bergerak-gerak. kat photoscape tu korang klik jer animated gif yang ada di bahagian atas tu. kemudian korang pergi ke folder gambar yang telah korang simpan tadi. korang drag mengikut citarasa anda. pastikan korang set 0.40 sec macam yang zaa bulatkan kat bawah ni.


untuk hasil banner seperti yang telah zaa tunjukkan kat atas sekali tu, zaa drag gambar ikut macam turutan gambar bawah ni tau:


9 ) last sekali korang klik button save. kalau boleh korang renamekan nama banner korang. contoh macam zaa buat kat bawah ni.


pastu korang save>tunggu>ok. sekarang korang open image korang untuk lihat hasilnya.

betapa panjangnya tutorial ni kan. zaa runsing kot-kot korang tak faham tutorial zaa ni. tu yang zaa buat panjang sangat tu. kalau korang tak faham korang boleh komen kat bawah ni ok. 

SELAMAT MENCUBA!











Kalau Suka Blog Ni Tekan Like OK (^_^)

2 comments:

Sila tinggalkan comment anda disini. Satu pun jadilah.. Terima kasih.. ^_^

Daisypath Anniversary tickers
Best View In Google Chrome And Mozilla Firefox. Simple Template edit by Zatieylicious.